Wednesday 20 July 2011

kursus blog hari pertama

Perjalanan Kursus Membuat Blog



19 Julai 2011

Pagi...

1. Masuk kelas, on komputer, tekan - tekan sana sini tapi Firefox masih offline, rupanya tiada connection. Berpeluh sakan pakar - pakar komputer buat troubleshooting. Kami tak risau sebab kami tau diorang ni mesti boleh solve problem ni.
2. Makanan pun sampai. Pucuk dicita ulam mendatang, perut pun dah hantar SMS bagitahu dah lapar. Kuih ada 2 jenis. Nasi lemak pulak jadi main course. Mencabar betul menu breakfast pagi ni. Jangan ada yang terlelap sudah.  Apapun daripada biar makanan tu sejuk baiklah kitorang makan cepat - cepat supaya tenaga sentiasa mencukupi untuk membolehkan blog ni disiapkan dengan jayanya.
3. Perut dah kenyang, masing - masing dah fully charged. Sekali kursus ditunda sehingga pukul 2pm kerana masalah connection masih belum dapat diselesaikan. Angkat beg, off komputer, tolak kerusi rapat ke meja, kitorang pun baliklah ke jabatan masing - masing. Terpahat di ingatan, makan tengahari disediakan. Lega. Sambung petang karang.

Petang...

1. Pukul 2pm kawan - kawan semua dah tercegat didepan pintu bengkel komputer. Pintu dibuka, kitorang pun masuk pergi ke tempat masing - masing sambil merenung tajam meja tempat makanan diletak. Hampa... Pekerja kantin belum sampai lagi rupanya.
2. Internet connection dah ada, kitorang pun mulalah membuat akaun Google. Lama jugak nak decide untuk create email untuk digunakan kat blog ni. Setiap kali tekan Check Availability, mesti keluar perkataan xxxxx is not available, but the following names are: . Erghh, tak nak tak nak, kene usaha lagi cari nama lain.
2. Selepas sejam barulah selesai buat akaun Google, tu pun dengan bantuan Hj. Othman pemilik blog ayam hutan.
3. Akaun Google dah siap, lega rasa dihati, tapi resah rasa diperut. Tidak lama kemudian, kelihatan wajah ceria kawan - kawan kerana pekerja kantin dah sampai membawa perkhabaran gembira. Petang ni kitorang makan roti sardin & satu lagi kuih moden yang dirahsiakan namanya (sebenarnya tak tahu nama apa kuih tu). Pekena pulak air teh panas. Terbaik! 
4. Lepas makan, sambung buat blog lagi, kali ni ada Dashboard pulak. Jangan sangka kereta saja ada dashboard, blog pun ada juga.
5. Kat dalam dashboard ni boleh edit profile, letak segala maklumat, gambar pun boleh letak juga (pastikan gambar yang terkini) supaya kawan - kawan tahu siapa tuan punya blog ni (senang cerita nak jadi terkenal & buat - buat terkenal).
6. Dah siap edit profile. Tengok - tengok jam dah pukul 5pm. Balik time kata kawan - kawan yang lain. Masa memang mencemburui kami.
7. Kursus ditunda dari Rabu & Khamis kepada Khamis & Jumaat kerana En. Zulfadli ada urusan.

No comments:

Post a Comment