Friday 22 July 2011

kursus blog hari terakhir

Pagi

1. Hari ni semua blog - blog peserta dipaparkan ke hadapan kelas untuk dilihat oleh semua. Hebat - hebat belaka. Sila lawati kesemua blog yang telah diletakkan URL nya disebelah kanan blog ini.
2. Penutup kursus disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am, Che. Ab Rahim bin Mahmood berserta penyampaian sijil penyertaan kursus. 

Thursday 21 July 2011

kursus blog hari kedua

Sambung lagi buat blog.



21/7/2011

Pagi

1. Hari ni dijangkakan produktiviti semua peserta akan melonjak tinggi, lebih tinggi dari Indeks Utama BSKL. Ceria masing - masing nampaknya, semua dah menekan jari masing - masing diatas tembok kaki lima sambil menunggu bengkel dibuka. Nota kursus yang disediakan dah terselak - selak ditiup angin.
2. Bengkel dibuka, semua masuk, pergi ke meja masing - masing, on komputer, bukak Firefox. Ahhh....internet dah ada. Login kompak7117@gmail.com, password xxxxxx, tekan butang Log In, sandar kat kerusi, tunggu Dashboard blogger muncul.
3. Dashboard blogger muncul, pekerja kantin pun muncul sambil membawa tray sarapan pagi kami. Naik turun naik turun mata kami semua melihat tray tu sambil membayangkan nikmat dunia yang bakal tiba sekejap lagi.
4.Jangkaan terkini, produktiviti melonjak dua kali ganda disebabkan sarapan pagi tiba awal. Makan dulu.
5. Dah kenyang, Kami sambung kerja - kerja membuat blog. Lagi susah sebab ada banyak item - item yang perlu dimasukkan ke dalam blog. Antaranya cara memasukkan Feed dari blog lain, memasukkan widget - widget ke dalam HTML/JavaScript yang membantu menceriakan blog sebab boleh bubuh animasi, jam, chatbox dan lain - lain, Link List untuk kita masukkan link ke laman web yang lain, Search Box yang fungsinya sama seperti search engine Google @ Yahoo. Uhhh banyak lagi yang nak dibuat kat dalam blog ni. Yelah sebelum ni tak tahu yang ada benda - benda macam ni.
6. Idea banyak, produktiviti tinggi tapi internet connection slow memungkinkan formula dibawah diaplikasikan.

Produktiviti tinggi - internet slow = mengantuk. 

7. Satu demi satu idea terbang melarikan diri. Mata semakin berat, cuaca semakin panas, internet masih sama. Sabar banyak - banyak.
8. Berpusing - pusing ikon Loading Image ni, berusaha keras untuk memaparkan gambar yang diupload, tunggu punya tunggu, last sekali button X kat sebelah kanan dipenjuru atas pun ditekan. Habis cerita.
9. 5-6-11 kali usaha akhirnya dapat juga siapkan menghias blog ni, dapatlah masukkan jugak:

a) widget seorang budak Indon (rasanya laa..sebab dia cakap bahasa Indon).
b) My Blog List
c) Header Image untuk tetingkap saya.

10. Nak masukkan pulak Picture kat sidebar, dah tekan dah Add a Gadget tapi tunggu tak keluar - keluar. Jam pun dah 12.05 tengahari. Petang ni pulak sambung balik buat blog. Balik.

Wednesday 20 July 2011

kursus blog hari pertama

Perjalanan Kursus Membuat Blog



19 Julai 2011

Pagi...

1. Masuk kelas, on komputer, tekan - tekan sana sini tapi Firefox masih offline, rupanya tiada connection. Berpeluh sakan pakar - pakar komputer buat troubleshooting. Kami tak risau sebab kami tau diorang ni mesti boleh solve problem ni.
2. Makanan pun sampai. Pucuk dicita ulam mendatang, perut pun dah hantar SMS bagitahu dah lapar. Kuih ada 2 jenis. Nasi lemak pulak jadi main course. Mencabar betul menu breakfast pagi ni. Jangan ada yang terlelap sudah.  Apapun daripada biar makanan tu sejuk baiklah kitorang makan cepat - cepat supaya tenaga sentiasa mencukupi untuk membolehkan blog ni disiapkan dengan jayanya.
3. Perut dah kenyang, masing - masing dah fully charged. Sekali kursus ditunda sehingga pukul 2pm kerana masalah connection masih belum dapat diselesaikan. Angkat beg, off komputer, tolak kerusi rapat ke meja, kitorang pun baliklah ke jabatan masing - masing. Terpahat di ingatan, makan tengahari disediakan. Lega. Sambung petang karang.

Petang...

1. Pukul 2pm kawan - kawan semua dah tercegat didepan pintu bengkel komputer. Pintu dibuka, kitorang pun masuk pergi ke tempat masing - masing sambil merenung tajam meja tempat makanan diletak. Hampa... Pekerja kantin belum sampai lagi rupanya.
2. Internet connection dah ada, kitorang pun mulalah membuat akaun Google. Lama jugak nak decide untuk create email untuk digunakan kat blog ni. Setiap kali tekan Check Availability, mesti keluar perkataan xxxxx is not available, but the following names are: . Erghh, tak nak tak nak, kene usaha lagi cari nama lain.
2. Selepas sejam barulah selesai buat akaun Google, tu pun dengan bantuan Hj. Othman pemilik blog ayam hutan.
3. Akaun Google dah siap, lega rasa dihati, tapi resah rasa diperut. Tidak lama kemudian, kelihatan wajah ceria kawan - kawan kerana pekerja kantin dah sampai membawa perkhabaran gembira. Petang ni kitorang makan roti sardin & satu lagi kuih moden yang dirahsiakan namanya (sebenarnya tak tahu nama apa kuih tu). Pekena pulak air teh panas. Terbaik! 
4. Lepas makan, sambung buat blog lagi, kali ni ada Dashboard pulak. Jangan sangka kereta saja ada dashboard, blog pun ada juga.
5. Kat dalam dashboard ni boleh edit profile, letak segala maklumat, gambar pun boleh letak juga (pastikan gambar yang terkini) supaya kawan - kawan tahu siapa tuan punya blog ni (senang cerita nak jadi terkenal & buat - buat terkenal).
6. Dah siap edit profile. Tengok - tengok jam dah pukul 5pm. Balik time kata kawan - kawan yang lain. Masa memang mencemburui kami.
7. Kursus ditunda dari Rabu & Khamis kepada Khamis & Jumaat kerana En. Zulfadli ada urusan.

jika sangat letih

contohi gaya tidur si Maru ni


gambar panas

apa yang panas?





macam panas jugak ni...kipas pasang speed 5 pun tak terasa anginnya





gambar panas memang selalu kabur






 haa dah nak nampak dah





gambar curi ke ni...lambat pulak loading gambar ni, mesti ramai sangat orang buka facebook ni...cepatlah loading












ciss...gambar ni rupanya...memang panas kalau kene penjara..kipas tiada, aircond apatah lagi...panas betul kene tipu pagi - pagi ni